Milo dah dibancuh. Masih suam-suam bawah ketiak lagi. Memang lebih enak diminum apabila diselangi sekali sekala alatan penghalau nyamuk. Lagu “Fireflies” terdengar dihujung-hujung telinga. Pelayan “Firefox” pula menjadi pilihan untuk mencoret nukilan aku. “Ahhhhh…” kadang kala patut bersyukur dengan nikmat sebegini.
oh ya! Tengah aku membancuh milo di “watercooler” td, ada sorang mamat ni terhuyung-hayang berjalan ke tandas. Apa yang menjadi statement aku sekarang, pelik sungguh manusia berikut. Berjalan terhuyung-hayang sambil tersenyum sinis kepada aku. Adakah aku tampak segak atau seksi??Apa yang membuatkan dia tersenyum kepada aku??Kenapa pelik manusia ini?Sejenak aku terpikir dimana aku berada sekarang.Adakah aku berada di Jupiter sekarang?Sekali sekala timbul perasaan terasa akan dirogol. Jadi dengan langkah drastik, aku membalas senyuman dan terus pergi dari situ. Dalam perjalanan balik ke kamar aku, teringat aku muka mamat tersebut seperti budak yang menyakitkan hati dalam you tube menyanyikan lagu “Baby – Justin Bieber”. Geli bak hiaang~
Pengajaran untuk malam ini, sedekahlah senyuman kepada sesiapa sahaja walaupon manusia pelik atau manusia tidak dikenali. Anyway, well done dude! Gua tetap tak boleh terima muka lu. Kasi gua pijak muka lu bole?
Nasi berlaukkan ayam goreng?? Ayam masak kicap?? Daging masah merah?? Ikan keli bakar pon sedap jugak. Air?? “Bang,air buah ade??” Kalau fresh oren mengalir dalam mulut ni ditambah plak kunyahan murtabak ayam pasti geli satu badan anda. Macam-macam nafsu ada ketika hampir waktu berbuka puasa. Kadang-kadang oleh sebab kelaparan manusia bertukar kepala anjing pon sering kelihatan. Tapi abaikan saja, suma tu hanyalah khayalan belaka.
Nak makan pada waktu berbuka memang seronok tapi yang pedihnya waktu untuk pergi beli makanan untuk berbuka puasa. Bersepah-sepah manusia. Berselerak di merata arah. Suma ada manusia, tak kiralah melayu, cina ataupon india. Bazaar 1 Malaysia. oh ya!esok merdeka, Selamat Hari Merdeka! yang pasti, cuti amat penting kepada kami sekalian. Berbalik kepada bab berbuka puasa, antara perkara yang boleh membuatkan aku malas membeli makan ketika berbuka adalah
1) Bilik yang mencakar langit tp tak ada lift
2) Manusia mengerumuni gerai makan. Memang nampak sangat semut mengurumuni makanan
3) Terpaksa menyelit seperti mat rempit dalam ramai-ramai manusia membeli makanan
4) Kaki dan Tangan yang disyaki letih mencakar bangunan yang tinggi ini.
5) Tiada perkhidmatan penghantaran “Delivery” bagi nasi bungkus.
p/s : Rokok ada dijual ditingkat atas bangunan pencakar langit. Aku tersenyum kembali.
Dari hari ke hari, dari jam ke jam, dari minit ke minit, dari saat ke saat. Perjalanan masa berlalu begitu cepat sekali. Kadar pembesaran usia aku semakin meningkat dan sekali lagi membawa satu anjakan bersama kawan2 aku untuk bergerak dari alam diploma ke satu alam seterusnya.Hari ini, aku dah melangkah ke alam lain demi mencapai masa depan yang tak dapat diduga.
Pada waktu sekarang yang telah perangkap aku di dalam kebosanan bulan ramadhan, aku secara tidak sengaja mengupdate blog ini yang telah kian lama dilupakan.Mungkin disebabkan terlalu bnyak urusan yang perlu aku selesaikan ketika aku berada di sini dah mungkin jua suma ini adalah satu alasan yang tidak munasabah bagi sesetengah golongan manusia. Jadi, aku akan teruskan lagi al-kisah perjalanan ramadhan aku di sini.
Bagi 3 hari pertama ramadhan, semangat bagun sahur tu membuak2. Bangun dan makan sahur demi kecerdasan pada waktu siangnya.Bagi 3 hari selepasnya, semangat bagun sahur lagi membuak2 sehingga kan melimpah membuatkan sahur pada pukul 12 tgh malam. Kemalasan bersahur memang tak dapat nak dielakkan. Kalau ada dirumah tu lain la, subuh-subuh lagi mak dah gerakkan untuk makan sahur tapi bila survive hidup kat sini, bila gerak aje..”sat!sat!5minit lagi aku bgun ar!”..alasan semua tu.
Berbuka puasa pasti menjadi satu kegembiraan bagi semua umat islam di dunia ni. Masa-masa untuk countdown waktu berbuka sekali sekala seperti menunggu masuk tahun baru.Juadah berbuka puasa bagi penduduk kolej yang amat jarang pergi ke baazar ramadhan adalah, nasik yang dilengkapi dengan lauk pauk dan berbekalkan air bungkus, kami berbuka dengan senyuman lebar. Tidak menjadi masalah kepada kami semua yang hensem belaka ini. Gaya pemakanan sihat memamg seperti kami. Jadi, kami memang hensem.
Balik nak raya di kampung memang menjadi isu panas setiap tahun bagi sesiapa yang melantik driver bas untuk sampai ke kampung masing-masing. Isu tiket bas habis, isu bas ulat atau ulat-ulat bas semuanya menjadi tajuk dalam media hari ini . Tetapi aku dengan kawan-kawan mengambil langkah terkangkang dengan membeli tiket pada awal ramadhan dlu. Sekarang, kami mengangkat dagu sambil bersiul demi melambangkan tiket bas sudah dibeli. oh ya!adip tak reti bersiul. Jadi,tunggulah kami pulang.
Winamp diklik 2kali, Lagu “Uncle craker-smile” menjadi pembuka selera aku untuk proses mengemaskini blog yang sudah lama bersarang.Dengan senyuman aku yang terukir menandakan begitu comei ciptaan Allah,aku menaip keyboard yang button “Enter” sudah lama tercabut ini. Bersedia untuk mengemaskini dengan erti kata lain meng”update” blog ini..
“okay!Ready!!Ikezo0o!!” Jerit aku bersemngat!
………….
……..
….
..
err…nak tulis apa tatau..idea tak terbit dari minda..tak pa,mungkin satu hari nanti aku akan update jua!
by the way,aku sekarang tengah menjalani khusus pertauliahan profesional bagi Microsoft Certified Technology Specialist SQL Server Database Development yang dibimbing oleh miss Mitha dari Indonesia.Kelajuan belajar dengan miss Mitha umpama hero dalam cita The Flash. Laju amat dong!Anyway,i’ll try the best for this certificate!
Give me the truth for my conviction!!aarrghh~~
For sure, it’s my own confusion..kejap itu,kejap ini..Mana yang pasti??Mana yang betul?
Mana yang salah??
“Serang!!” jerit si masalah sebagai tanda untuk menyerang aku.
“Hai masalah! Hai Problem! Hai beban! ” tegur aku dengan sopan berkenalan dengan mereka.
tp kenapa mereka mengelilingi aku? oh ya! mungkin mereka sekadar singgah berkenalan dgn aku.
tapi perlukah aku benci dengan mereka! atau aku yang patut dibenci??perlukah aku buat-buat tak tahu! atau mereka yang perlu buat-buat tak tahu kat aku??
hhaaaiiisshh!!!am I out of my mind??Masalah mana kenal akan perasaan..by the way,minggu yang penuh dengan masalah akan aku harungi jugak cmna sekali pon.
Pepatah utk aku minggu ni, ” umpama selipar jepon melakukan serangan bertubi-tubi ”
oh ya!agak lama jari ni tak menaip dalam blog aku ni..Malam ni,selepas aku bertumbuk2 bertendang2 bergomoi2 dengan sikap kemalasan aku,akhirnya kemenangan membawa aku untuk mengarang semula blog yang sekadar ala kadar ini..
Untuk tahun 2010 ini, bermula la pengarangan entri yang pertama dalam blog ni. Ini memang membuktikan agak lama aku tak meng”update” blog aku ni..err..mungkin agak sibuk kot??Tapi dalam kesibukkan dengan final projek, perbentangan itu ini, aku dengan kawan2 aku sempat juga cari masa untuk “release tension” bak kata org2 pemalas cari alasan tak nak buat kerja.
Jadi,Pulau Langkawi menjadi destinasi kepada kami untuk singgah sebentar demi bersantai umpama membuang air kecil dalam laut senyap2. Untuk bab penginapan disana, kami telah disupport oleh segolongan lapisan masyarakat yang baik2 belaka.hikhikhik..tengkiu madz atas penginapan!
Alhamdulillah! perjalanan pergi dan singgah disana selama 3hari 2malam berjalan dengan lancar dan selamat. errr…dan…dan…hhaaiishh!!awat jari aku ni sakit ehh??!!oh ya!!mungkin lama tak mengarang. Jadi tindakbalas seperti ini seringkali berlaku.kofkofkof..untuk memudahkan penceritaan sinopsis perjalanan kami,aku serahkan kepada nikon D80 untuk jelaskan. Silakan cik nikon D80..
Cuti,cuti,cuti….”waaaaaa..indahnya cuti bersama katil tersayang” begitu la lirik hati aku bernyanyi..
tak payah pikir tentang assignment
tak payah pikir tentang lecture
tak payah pikir tentang presentation
tak payah pikir tentang exam
peerrggh!!memory kepala bersama otak aku ini telah dikemaskini dengan jayanya dalam tempoh masa cuti ini..
result exam??”biarkan saja!!lupakan dulu..release tension” kata orang..
tapi,kadang-kadang sambil tergolek2 aku atas katil yg empuk ni, terpikir juga aku sem5 aku ni..penuh dengan kemalasan untuk harungi kelas-kelas yang ntah apa2 dalam tempoh sem5 ini..walaucmna pon,penghujung sem5 agak menarik dan seronok walaupon sekejap.
Teringat aku..
Hari terakhir semester 5..that damit presentation..
Malam berakhirnya semester 5..da best babique..
oh ya!ketika subuh..lepak makan maggi,tengok taik bintang & model tak ketahuan..
perkara sebelum aku gerak balik ke rumah..petik selagu radio-alkaline trio yg sumbang..hik3 tengkiu sifu akemal..
fuh!!suma di atas 4hari sebelum aku balik ke istana rumah aku..yea!that fun!!macam2 jadi..
ok!!lupakan dulu..cuti masih panjang..enjoy enjoy enjoy..hikhikhik..:P
Kesejukan pagi menyelubungi diri aku. Begitu jua kain rentang selimut peco menyeluputi diri aku. Kenyaringan suara Lah sedikit sebanyak membuatkan aku mau menendang akan perutnya. Sambil panggilan manja oleh peco memanggil nama aku untuk bangun dari istana tilam di mana tempat aku beradu. “pkul bapa dah ni??” tanya manja oleh aku..
“damn!!” hatiku menjerit..bru pukul 9..tanpa endahkan lagi mengantuk aku ini, aku berdiri dengan melompat2 bintang untuk segarkan diri aku. Sementara itu..”eh!!Pali..tolong beli aku nasi lemak jap!” jerit aku sebelum ketinggalan.
Dengan penuh hairan dan jangkal,hati aku berbisik.”eh!kenapa aku bangun pagi ni???” Tak penah2 dibuat aku bangun awal pagi tanpa sebarang niat.heh!Soklan dijawab Lah. Bangun nya aku pagi ni untuk mulakan proses pembikinan Miniprojek Audio Video yang dah lama tertangguh. Jadi dengan penuh sepakat dan kehenseman aku di pagi hari, terbincang la untuk pembikinan muzik video itu. Miniprojek yang hanya memakan masa kurang 24jam yang akan dihantar sebelum aku menduduki final exam.
Setelah dibincang, tajuk musik video yang dipilih Hujan- Mencari Konklusi . Pembikinan musik yang tanpa storyboard dan kelengkapan lengkap, tetap diteruskan jua agar En Isfa Kamal tidak mengamuk atas kemalasan kami. Meriah!! asap-asap yang aku pikirkan ais kering, rupanya hanya laa serbuk tepung yang dibaling2.ceeh!! Walaubagaimana pon, kepuasan dengan penuh gelak ketawa untuk menghasilkan musik video ni telah buatkan aku satu penangan keletihan.
Bantuan Nikon untuk bergambar
Ready for take….action!!
o0ps!!adip sudah putih!
you got pranked!!
“aaaaaaa….”
hahahaa..
Makhluk yang terlibat
Ahkrinya,video yang cuba untuk dihasilkan telah berjaya. Miniprojek untuk subjek audio video telah disempurnakan kurang daripada 24jam..jadi,ini hasilnya…
Ya, itu aku. Aku telah ke pangkal jalan blogger setelah lama sgt tak update2 utk entri baru. Kepada sapa2 yang cuba jengok2 blog aku ini mesti jemu dengan entri yang asyik sama. Langsung tak update utk beberapa minggu ini..kenapa??ahh…maybe busy??maybe malas??maybe tak de idea??maybe tak online??maybe segan??or ape2 aje laa..dan apa yag penting sekarang semangat untuk aku mengarang semula mungkin tiba sebelum aku bertemu dengan final exam aku ni..heh!cukup laa setakat ni..